Sunday 30 October 2011

Dapat Baby Girl...yeay!yeay!

Excited pulak nak menghapdate blog bersawang aku hari ni...
ada la sobabnya
-------> baby blog dah salin kulit...hee...shukershuker(gedik kejap)
aku dapat baby girl lima minit yang lalu...(jam sekarang 3.20 petang)
syomel...suka kenyit2 mata buat muka budget kiut macam mama dia...
kiut ke pown mama dia???haha
nak tengok baby aku???
tuu...ada kat side bar sebelah kiri...
kiut kn???kn3???
macam mama dia...


mood:buat2 happy sebab exam dah dekat..
p/s:g stdy nuh...malas gilo lah...haihhhh

Friday 14 October 2011

Need You So Badly!

Kepada yang berkenaan,
Ini luahan aku...
Kepada yg tidak,
Thanks for reading...
heee
(dalam hati ada taman)
 *gambar tidak ada kena mengena*haha

Friday 19 August 2011

Kawen..khawin...kawin....

Sekeliling aku  xhabeh2 orang ckap pasai kawen
Orang ni kawen awl la, orang 2 xdak pak we lagi la...
Orang sini bila nk kawen la...Orang situ dah kawen dah la....
(Termasuk la aq)haha
Budget macam dah tua sangat ja...
Dok gatai ja lebey....
Tp xsalah kn...ahahaha

Mungkin bila umo dah 20 ni...
Hormon sembang pasai kawen meningkat kot..
(apa aku merapu ni)haha

JAdi di sini aku nak share sikit ilmu
Jom, baca!


Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:
وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم
Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.
Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.
Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.
Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup menghalang anak jagaannya daripada berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.
Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)
Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama, akhlak, amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia. Ada pun meletakkan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.
Dari fatimah binti Qais , Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid” Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda “Nikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)
Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita. Dan Nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat. Nabi memberi kaedah seperti puasa. Dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “Nasfu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”. Dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat. Antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama. Adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik, menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu, masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ becouple” ketika kahwin adalah terbaik.


Sekian....!


Thursday 18 August 2011

Busy Kalah Menteri

Al-Kisah dah berhabuk dah blog aku ni...
Lama gila xupdate...
Tak dak cter bez la....
Tak tau nak tulih apa...
Setakat nak dududududu boleh la....hahaha

Minggu ni mmg bz gila lah...
Esaimen bertimbun2....
Naseb la banyak dah hantar dah...
Leganya rasa...

Bulan2 posa ni lecturer pown bg la masa nak buat amal...
Ni xabeh2 ngan esaimennya....(macam kalo xbg aq wat byk amal..haha)
Merapu ja lebey...
Tp xtaw la knpa...
Asyik nk blek kg ja sem ni...
Rindu xabeh2 nih....
Haduiiii....

Friday 24 June 2011

Nak Macam Tu Lagi

Rasa macam dah lama tak beraktiviti dengan ahli2 kelas...
Serius rasa rindu nak ada aktiviti macam dulu2...
So, nak preview aktiviti yang dah kami wat sama2...


Iftar Jamaei


Cameron Highlands






Jamuan2




Jungle Trekking

 Bila nak camni lagi?
Jom...hehe




Saturday 14 May 2011

Cameron Lagi....wuuuu

Aku lupa nak cakap..haha
Minggu lepas aku dan kawan-kawan (Izzah, Finie, Hajar) berpeluang pergi Cameron lagi..
Thanks to Hajr sebab nak bawak kami sekali..
Bez memang bez tapi aku asyik muntah2 pulak...
Fengalaman first time muntah2 naik kereta..
Nak flash back sikit..

Al-kisah malam sebelum nak p tu aku termakan banyak giler pelam
haduiii....
xtw la apa pasai ma...
aku rasa cam sedappppp je...
then, naik je keta g Cameron mula2 memuntahkan semuanya...
Thanks kawan2 sebab tolong...
haha...

So, ni la gambar kami ------>

 budget cam Hana Tajima, tiba2 bertukar jadi Hana Tajimuntah....hahaha

Lama tak makan benda ni...yummmyyyy...sedapppp..haha...strawberi flavour dia memang kuat...wuu

suka ini maa...

Dan, Tamat...

20 menjelma! Bubbye Toti !

 Mood    : Sedih
Location : My room with toto only
Listen to  : Nothing

Dua hari yang lepas genap sudah umurku 20 tahun = 12 Mei 2011...
seriOusly malam tu aku rasa sedih gila sebab dah 20 tahun...
bukan la sebab tu saja...sebab aku rasa banyak sangat dosa aku...
kat Pencipta, family and kawan2...
Bila dah 20 tahun, aku terfikir sempat ka aku nak sampai 30 tahun plak ni...
~terasa diri terlalu tua~
Harap2 ada ruang kemaafan dari Pencipta untukku..

Plus, Toti dah matii...(innalillahi wa inna ilaihi raji'un)
Aku pn xtaw la apa sebabnya...
Sehari dua ni aku nampak dia tak bukak mata dah...
Aku perasan yang dia dah buta...
Bila aku basuh badan dia, dia dah tak da respon pn...
Kalau tak laju je lari...
Makan pn dah xmw...
Aku suap pn dia xmw jgak...
Semalam, aku tengok dia dah matiii....huhu..sedihnya!

P/S: Toti adalah kura-kura peliharaan aku...
Moga dia tenang di sana...
Bubbye Toti!

Sunday 8 May 2011

Happy Mama's Day, Mak

Bila ada jauh2 ngan family,
rasa sayang kat family makin bertambah...
tambah2 ngan mak n ayah....
dulu2 kalau hari ibu, malu nak ucapkan kat mak...
tapi sekarang, lalu je tangan aku dail nombor mak...

Thanks Mak coz membesarkan saya sampai jadi camni...
thanks coz mak sangat sporting...
Thanks jugak mak sebab lahirkan saya....
I love u, Mak.....
u too, Dad !
 My Sweeeeeetheart, Mum and Dad ! They are Superb !

Monday 2 May 2011

Rindu Lalala....

Rindunya nak balek kampung...huhu
dah 2,3 hari asik mimpi pelik2....
semalam mimpi mak cakap..
antara semua2 anak mak, aku la yang paling jahat....
huhuhu(sumpah sedih)
tadi, aku cakap dengan mak pasai mimpi tu...
mak cakap aku anak mak yang paling pandai...
(padahal mak nak sedapkan ati aku ja tu)
tiba2 rasa nak nangis bila cakap dengan mak...
"MAK....I LOVE U"
(nak jerit sampai dengaq kat Kedah)
huhuhuhu
(to MAK = i am sorry that i am can't be the best daughter, but i am trying.
(to someone = miss u !)
"LOVE MUM AND DAD"

Wednesday 27 April 2011

~mahrajan~

dah lama rasanya aku tak meng'update' blog yang baru ja nak bertapak nie...bukan apa.. bz sangat..haha..
ekceli banyak menda yang aku lalui sepanjang tak meng'update' blog ni...
ADA SUKA =)
ADA DUKA =(
ADA LUKA (ADEHH)
macam2 ada la...
haaa....tapi semalam aku ngan semua rakan2 seangkatan yang ambek kos
PAI (Pengajian Islam) menganjurkan satu aktiviti mahrajan...
apa itu mahrajan?
mahrajan ni macam karnival bahasa arab la....
bez la jgak...sebab rasa la suasana arab tu...
walaupun aku sendiri xberapa nak faham apa la yang depa dok merapu tu..haha
apa2 pun yang penting ada gambar...so, ENJOY !



ni gambar aku ngan kawan2 sekelas....ustazah otai..haha


otai plus....plus...plus....

itu aku dan gigiku...haha
~sekian~

Wednesday 6 April 2011

Keroppi

I LUV FROG !
dalam post kali ni aku nk cter pasai minat aku dekat katak
pelik tak kalau aku cakap aku suka sangat ngan katak (watak kartun @ anak patung @ katak yang xbernyawa ja okeh)...
tapi kalau katak yang btoi2 maunya melompat lebih tinggi....
haha...
actually aku minat katak ni mgkin sebab pengaruh cter2 dongeng dulu2 kot...
masa kecik2 dulu, aku suka bayangkan yg putera idaman aku 2 sebenarnya seekor katak...
masa 2 naif lagi la, nampak ja katak melompat kat tepi2 parit mula la fikir yg katak 2 prince aku...
mungkin jgak sebab baru2 ni kua cter The Princess and The Frog...


tak pn sebab dulu ada cter cina Taiwan (The Prince Who Turnes into Frog) yg aku dk tgok hari2...
pas2 mula dk bayangkan yg heroin 2 adalah aku...hik3

yg ni mmg confirm best...haha
tapi aku mnat yang kiut2 cm keroppi ja...




kiut kan???
p/s: harap putera katak aku pn kiut jugak...hehehe

Monday 28 March 2011

Aku Dan TisU ! SaKiT oWh SakiT !

Tisu?


Aku tak suka tisu !
Rimas bila asyik kena genggam tisu ja....
Faktanya...aku tak penah beli tisu sebelum ini....
Sampai la satu hari (27/3/2011-Hari Ini Dalam Sejarah),
First time aku beli tisu...Motif??
CIK SELESEMA MENYERANG SAYA ! huhu
bukan tak pernah selesema sebelum ni...
tapi aku lagi suka wat don't know ja...haha



(Bukan kedekut 2 kupang ok!)



kadang-kadang rasa down kan bila sakit?
Hampa plak penah sakit tak?
Apa yang hampa rasa?
Senang, gembira, sedih, tension, atau…?
Oleh sebab aku tengah sakit sikit skunk ,
aku nak habaq bahawa sakit yang menimpa kita, penderitaan yang kita alami, kesempitan yang kita rasakan, kesulitan yang menggelisahkan, ... ; merupakan kenikmatan dan anugerah yang diberikan Allah kepada kita...
Yang kenikmatan ini tidak diberikan kepada setiap orang dan setiap saat....
Betoi ka? Hampa rasa tak masuk akal ka?
OK, FINE!!!
Jangan terus percaya !
JOM KITA BACA FAKTA NI SAMA2:
Ketika sakit menghampiri kita, ada dua hal yang mesti kita ingat:

1. SAKIT YANG KITA ALAMI INI DATANG DARI ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
''Tiada sesuatu pun bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.'' (Al-Hadid:22-23)

2. SAKIT ITU BAIK BAGI KITA.
Di sebalik sakit yang kita alami, terdapat hikmah dan faedah yang besar, baik dan bermanfaat untuk kita. Tentunya apabila sakit datang kita hadapi dengan kesabaran. Diantara hikmah dan faedahnya adalah:


A. DIAMPUNI DOSA DAN KESALAHAN
''Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabak, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sehinggalah keresahan hati, pasti Allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya.'' (HR. Bukhari-Muslim)
''Tidaklah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lain-lain, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.'' (Bukhari-Muslim)


B. DITINGGIKAN DARJATNYA
''Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau yang lebih kecil dari duri, melainkan ditetapkan baginya satu darjat dan dihapuskan darinya satu kesalahan.'' (Diriwayatkan Muslim)
Dari Aisyah, dia berkata: ''Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya):
''Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit walau sedikit pun, melainkan Allah menghapus darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu darjat.'' (Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (ertinya):
''Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan di sisi Allah, namun tidak ada satu amal yang boleh menghantarkannya ke sana. Maka Allah sentiasa mencubanya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia boleh sampai ke kedudukan itu.'' (Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)


C. PEMBUKA JALAN KE SYURGA
''Allah Subhanahu berfirman: 'Hai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahala bagimu selain surga.''' (Ditakhrij Ibnu Majah; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)
Wahai Saudaraku, bukankah sakit merupakan sebahagian dari musibah?


D. KESELAMATAN DARI API NERAKA
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahawa beliau menjenguk seseorang yang sedang demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda (ertinya):
''Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman, 'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat.'' (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)


So, buat sapa2 yang sakit....
jangan rasa tension!
FAKTA ini membantu anda untuk lebih ceria....!
=)

Wednesday 23 March 2011

Siapa Aku? Siapa Kamu?

Tatkala aku mengadap sebuah cermin di depan mata,
terlihat sesusuk tubuh yang sememangnya kukenali,
lama kuamati, tajam !

Namun aneh, pelik !
aku bagaikan tidak mengenali,
SIAPAKAH YANG AKU LIHAT ITU?




Tatkala ku tatap wajah di cermin itu,
Hatiku tertanya-tanya,
apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya,
tersenyum gembira, bersinar indah di syurga sana?
atau wajah inikah yang akan hangus terbakar,
hitam legam, rentung di neraka Jahannam ??

Pabila ku tatap mata di cermin itu,
lubuk hatiku berbisik perlahan,
mata inikah yang bakal menatap,
Allah Rubbul 'Alamin,
Rasulullah Habibullah,
Para Sahabat Radhiallahuajm’ain,
Menatap dengan penuh perasaan kegembiraan dan kerinduan,
Atau mata inikah yang akan melotot, terbeliak?
Terburai menatap neraka jahannam
dengan siksaan yang amat dasyat !
Apakah mata yang tidak terlepas berkelip dari melihat maksiat ini
Akan terselamat dari azab di sana nanti???

WAHAI MATA, 
APAKAH YANG KAU TATAP DAN KAU LIHAT SELAMA HAYATMU DI DUNIA INI???

Ketika ku melihat mulut ini di hadapan cermin,
Apakah mulut ini akan terkumat-kamit dengan penuh keyakinan
Mengucap Lailahaillah
Tika Izrail datang menjemput...
Atau mulut inikah yang akan ternganga luas
dengan lidah terjulur
dengan jeritan kuat memekik dan membingitkan telinga,
bergetar menggerunkan setiap pendengar yang ada,
di saat sakaratul maut datang menjelma...
Atau mulut ini menjadi pemakan buah zaqqum jahannam,
yang bisa menjdi pembakar, penghangus kerongkong dan usus !

Wahai mulut yang malang,
Apakah yang engkau ucapkan,
tipu daya, umpat caci, perkataan dusta, carut-mencarut?
 Berapa banyak perkataan dusta yang kau ugkapkan?
berapa banyak hati yang remuk redam, papah luluh,
dengan belati kata-katamu yang menghiris tajam?
Berapa banyak kata2 manis semanis madu
yang kau zahirkan untuk menipu?

Wahai mulut yang malang,
Sedarkahkah engkau
betapa jarang sekali,
engkau menyebut nama Tuhanmu
menyebut memuji Tuhan yang satu,
Betapa jarangnya engkau,
dengan syahdu dan ikhlas,
penuh pengharapan,
memohon keampunan dari yang Esa..

Wahai tubuh,
Berapa banyak maksiat yang telah engkau lakukan?
berapa banyak tubuh yang telah engkau sakiti dan kianati?
Berapa banyak hamba Allah yang lemah
yang engkau tindas dengan kekuasaan yang ada padamu?
Berapa banyak orang datang meminta pertolonganmu
namun kau hina, caci dan kau hanya buat acuh tak acuh melayannya
padahal engaku mampu menolongnya,
berapa banyak pula hak-hak orang lain yang kau rampas?

Tatkala ku tatapmu wahai tubuh,
Seperti jua ku renung ke dalam isi hatiku,
apakah isi hatiku sebagus kata-kataku,
atau ibarat daki-daki yang melekat pada tubuhku?
Atau hatiku segagah ototku?
atau ia selemah daun-daun yang jatuh berguguran tatkala musim berganti?
Adakah hatiku seindah penampilanku,
atau hanya sebusuk kotoran yang melekat pada pakaianku?

Apa yang terzahir di cermin,
dengan apa yang tersembunyi kukuh,
Betapa telah aku tertipu,
tertipu oleh topeng indah itu !
 yang kulihat selama ini hanyalah topeng,
hanyalah topeng yang menipu belaka,
Betapa pujian yang terhambur selama ini
Hanyalah memuji topeng yang ada,
Betapa semua yang indah itu,
Hanyalah topeng yang menipu !
Sedangkan aku hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus,

AKU TERTIPU, 
AKU MALU YA ALLAH !
AKU TERTIPU,
TERTIPU KERANA NAFSU DIRIKU....

Wahai Allah,
Selamatkan aku...
Amin Ya Rabbal 'Alamin....